jump to navigation

Pertukaran blog MECHAPRO April 3, 2009

Posted by fazlianafauzun in Uncategorized.
add a comment

Assalamualaikum wbt.

Berikut adalah pemberitahuan mengenai pertukaran blog MECHAPRO ke blog yang baru. Perkara ini adalah bertujuan untuk memudahkan lagi semua ahli MECHAPRO utuk berkongsi pendapat dan idea-idea bernas demi membangunkan lagi MECHAPRO. Justeru, kami MT MECHAPRO ingin menjemput semua ahli MECHAPRO untuk ke laman blog MECHAPRO yang baru. Sekian, terima kasih dan maaf di atas kesulitan yang berlaku.

http://wingoffuture.blogspot.com/

…Wing of the Future…

Ceramah oleh Prof. Lee dari Hanyang Universiti, Korea February 20, 2009

Posted by fazlianafauzun in Uncategorized.
add a comment

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UMP berbesar hati mengumumkan, Ceramah oleh Prof Lee dari Universiti Hanyang, Korea akan diadakan :

  Tarikh : 24hb Februari 2009
  Tempat : WDKU2
  Masa : 2 – 4 ptg

Kehadiran adalah diwajibkan untuk semua pelajar. Diingatkan juga agar semua pelajar memakai pakaian yang formal (kemeja-T, seluar panjang dan seluar Jeans adalah dilarang). Pelajar dinasihatkan untuk menepati masa.
Terima kasih.

Malam mesra pelajar bersama associates FKM February 4, 2009

Posted by fazlianafauzun in Uncategorized.
add a comment

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal akan mengadakan satu perjumpaan para pelajar bersama staf FKM yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 5 Februari 2009

Tempat: Astaka UMP

Masa: 8.00-11.00 malam

Kehadiran para pelajar FKM adalah diwajibkan. Kepada penerima anugerah dekan diminta memakai pakaian formal (seluar panjang dan berkasut, jeans adalah tidak dibenarkan ). Selain itu, sedikit jamuan ringan akan diberikan kepada semua tetamu yang hadir.Diharap semua pelajar memberi kerjasama untuk menghadirkan diri tepat pada waktu yang ditetapkan.

Annual General Meeting (AGM 08) November 2, 2008

Posted by fazlianafauzun in Admin.
add a comment

Pada 30 Oktober 2008, Mechanical Professional Student Club (MECHAPRO) telah mengadakan AGM 08 yang telah berlangsung di ruang legar blok W. Pelbagai agenda yang telah dibentangkan oleh barisan mantan MT MECHAPRO 07/08, antaranya ialah pembentangan bajet dan laporan aktiviti sepanjang tahun 2008. Selain itu, barisan MT MECHAPRO 08/09 turut diumumkan pada malam tersebut. Tahniah dan selamat menjalankan tanggugjawab diucapkan kepada barisan MT MECHAPRO baru.

MAJLIS TERTINGGI & BARISAN EXCO MECHAPRO 08/09 November 1, 2008

Posted by fazlianafauzun in Admin.
add a comment

Presiden – HILMI BIN MOHD ZAHIDI

Naib Presiden – SOH  YAN XIN

Setiausaha – NORAZLIN BINTI MD KALIL                              

Financial Controller 1 – MUHAMMAD IZZUDDIN HILMI BIN ZAINAL 

                                            ABIDIN      

Financial Controller 2 – FAZLINA BINTI MANSOR

 

Exco IT & Multimedia – FAZLIANA BINTI FAUZUN   

Exco Akademik – MOHD HAZWAN SYAFIQ BIN HARUN

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan – SYAHRIZAD BINTI MUHAMAD

Exco Sukan & Rekreasi – AHMAD SYAFIQ BIN SHIRO

Exco Industri & Perhubungan Luar – ANETH ATHEA BINTI

                                                                 MAT SOM           

Exco Keusahawanan – MOHD IZUL ASLAM BIN MOHD KHALIT 

Exco Penyelidikan & Pembangunan – ABDUL KHALIQ BIN ABDUL KADIR

Exco Kerohanian & Kebudayaan – MOHD NOR AFIQ BIN NOR HASYIM

Manifesto bakal MT baru malam ini! October 29, 2008

Posted by badrulhisyamahmad in Activities/Events, Admin.
add a comment

Mari kita dengar, lihat bakal Majlis Tertinggi MECHAPRO sesi baru di majlis penyampaian manifesto mereka di;

Tempat : Blok W

Masa : 8.30 PM

Tarikh: 29 Oktober 2008

—————MECHAPRO—————

~Wing of the Future~

Malam Pengukuhan Akademik FKM 2008 October 20, 2008

Posted by asyrafniza in Activities/Events.
add a comment

 

Tarikh: 22 Oktober 2008
Masa: 8- 11 Malam
Tempat: Vistana Hotel Kuantan
Kehadiran Wajib: Pelajar Tahun Akhir Ijazah & Diploma
Bayaran: RM35.00
Tema Majlis: Ungu dan Putih @ ungu bersama gabungan warna lain.
Kriteria pakaian: Formal, Berkasut, kemas & sopan dan JEANS di larang sama sekali.

Pembubaran Majlis Tertinggi MECHAPRO 2007/2008 October 20, 2008

Posted by badrulhisyamahmad in Admin.
add a comment

Untuk makluman semua, Majlis Tertinggi Mechanical Engineering Professional Student Club (MECHAPRO) sesi 2007/2008 telah secara rasminya dibubarkan berkuatkuasa 20 Oktober 2008. Sehubungan dengan itu, pilihanraya MECHAPRO akan diadakan dalam tempoh terdekat yang akan diberitahu kelak.

Kami barisan MT MECHAPRO 07/08 mengucapkan jutaan terima kasih kepada mana-mana pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kami menerajui kepimpinan MECHAPRO sesi 07/08.

Kami disini juga memohon seribu kemaafan kepada mana-mana pihak sekiranya terdapat kelemahan dan kesilapan sepanjang tempoh kami menerajui MECHAPRO.

MECHEX ’08: Sekalung Penghargaan October 20, 2008

Posted by badrulhisyamahmad in Activities/Events, Photo, Talks/Seminar.
add a comment

 

 Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya program MECHEX ’08 (Mechanical Exhibition ’08) ajuran MECHAPRO dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, KPDNHEP dan Jabtan Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah pun selamat dijalankan. MECHAPRO mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan program ini berjalan dengan lancar dan tidak lupa juga kepada para peserta yang memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung dan tahniah diucapkan kepada pemenang pertandingan MECHEX ‘08.

    

    

Kita kekal JUARA! October 10, 2008

Posted by iskandarothman in Activities/Events, Photo.
add a comment

Pada 20 & 21 September 2008 yang lalu, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) melalui MECHAPRO tidak ketinggalan untuk menghantar penyertaan dalam satu Kejohanan Badminton Interfakulti 2008 anjuran Kelab Badminton UMP. FKM yang diwakili oleh 2 Pasukan iaitu Team Mechy 1 & Team Mechy 2 telah turun ke gelanggang dengan semangat kesukanan yang tinggi dan berjaya membawa pulang piala pusingan disamping mengekalkan status kejuaraan. Tahniah & Syabas diucapkan kepada wirawan dan wirawati FKM!

Barisan atlit badminton FKM:

(more…)